Thursday, 14 August 2014

1.MALAYAN UNION
LATE BOY TEAM
MOHD NASRUL BIN FADZLEE (Grunge_Xz)
MD.NAZREENSHAH BIN ABD. WAHID (Nazreen_Shah)
MOHD SYAFIQ BIN REKAN (Apik)


PENDAHULUAN


Malayan union ditubuhkan pada 1 APRIL 1946 di KING'S HOUSE (Carcosa Seri Negara) selepas Perang Dunia ll merupakan sebuah gabungan NEGERI - NEGERI MELAYU dengan NEGERI - NEGERI SELAT (tanpa SINGAPURA) untuk menjadi pengganti British Malaya.


BUTIRAN UTAMA


*Rancangan Malayan Union terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang gabenor british.
*Sultan - sultan melayu mengekalkan kedudukan masing - masing tetapi dalam kuasa yang sangat terhad yang berkaitan tentang agama islam dan adat istiadat.
*Malayan Union juga akan mengambil alih semua aset negeri - negeri melayu kecuali aset yang berkaitan dengan hal agama dan harta peribadi sultan - sultan.
*Skim Malayan Union mencadangkan undang - undang baru yang memberi kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura serta pendatang yang tinggal di sana selama 10 daripada 15 tahun sebelum 15 Febuari 1942.
*Akhir sekali, kewarganegaraan Tanah Melayu kepada semua tanpa ada diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'JUS SOLI'.



2.GERAK BALAS DARIPADA KAUM MELAYU

*.Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO.
*.Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union.
*Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung.
*.Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu.
*Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. 
*Di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union.
*.Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. 
*Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka.
*Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa penjajahan Malayan Union akan berakhir.


3. PELAKSANAAN MALAYAN UNION


*Kerajaan British enggan menarik balik pelaksanaan rancangan Malayan Union meskipun penentangan orang-orang melayu yang begitu hebat.
*Sebaliknya kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya pentadbiran tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir pendudukan jepun dapat dibatalkan.
*Pada 1 April 1946 Malayan Union diisytiharkan oleh Edward Gent yang merupakan Gabenor yang pertama.
*Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union yang sangat kuat sehinggakan rancangan itu tidak dapat dikuasakan dengan sepenuhnya.
*Malahan pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama majlis itu dipulau oleh sultan - sultan melayu.
*Melihatkan rakyat yang begitu kuat mempertahankan takhta mereka, telah menyedarkan sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union.
*Akhirnya , Malayan Union dibatalkan pada 1 Febuari 1948 selepas itu Malayan Union digantikan kepada Persekutuan tanah Melayu.
*Penggantian skim yang baru itu dengan skim Malayan Union merupakan suatu kemenangan bagi orang - orang melayu tapi disambut dengan kecewa oleh beberapa dalam golongan etnik yang lain.
*Lobi Perlimen dan penyokong - penyokong di London juga bersetuju dengan pembatalan skim Malayan Union.
*Orang-orang cina pula berasa dikhianati kerana mereka tahu jumlah orang cina yang terkorban lebih besar berbanding orang melayu.
*Sesetengah daripada orang sina tidak berpuas hati dengan kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan.
*Dengan ini, pihak British telah meminggirkan masyarakat cina dari Tanah Melayu.



4.RASIONAL UNTUK PEMBENTUKAN MALAYAN UNION


*Kerajaan British telah menubuhkan ‘Unit Perancangan Tanah Melayu pada 1942 di United Kingdom.
*Tujuannya adalah untuk membina semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua tamat.
*Unit tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) yang diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.
*Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.
*Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. 
*Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
*Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.
*Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan.
*Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British.

5.PANDANGAN

*Pada mulanya, Malayan Union ditubuhkan oleh kerajaan british yang diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone selepas perang dunia kedua.
*Tugas Ralph Hone adalah merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.
*Malayan Union mencadangkan penggabungan NNMB, NNMTB, PP, dan Melaka, manakala singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan kerana ketakutan penentangan orang melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan peniaga-peniaga orang melayu disebabkan bilangan orang cina di Singapura yang besar.
*Apa yang saya lihat, Malayan Union hanya seolah - olah seperti penipuan untuk menggantikan pemerintahan jepun dengan pemerintahan british melalui Malayan Union.
*Kononnya Malayan Union ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada jajahan jepun manakala pemerintahan Malayan Union lebih teruk berbanding jepun.
*Saya berkata demikian disebabkan pemerintahan Malayan Union lebih menyeluruh dan kejam sehinggakan raja hilang takhtanya dan tugasya diambil ahli oleh British.
*Malayan Union sebenarnya tidak mendatangkan apa -apa kebaikan kepada Tanah Melayu sebaliknya hanya menggatikan penjajahan.



RUJUKAN


*WIKIPEDIA WEB
*YAHOO.COM
*BUKU NOTA PENGAJIAN MALAYSIA
Malayan Union