4.RASIONAL UNTUK PEMBENTUKAN MALAYAN UNION
*Kerajaan
British telah menubuhkan ‘Unit Perancangan Tanah Melayu pada 1942 di United
Kingdom.
*Tujuannya
adalah untuk membina semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia kedua tamat.
*Unit
tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) yang diketuai oleh
Mejar-General Ralph Hone.
*Hone
diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu
selepas perang tamat.
*Terdapat
kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor
perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka.
*Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
*Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar.
*Bagaimanapun,
kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut
untuk operasi strateginya di Timur Jauh.
*Kebanyakan
buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan
'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu
terhadap kemerdekaan.
*Bagaimanapun,
banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya
menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri
naungan menjadi sebuah tanah jajahan British.
No comments:
Post a Comment