Thursday, 14 August 2014

5.PANDANGAN

*Pada mulanya, Malayan Union ditubuhkan oleh kerajaan british yang diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone selepas perang dunia kedua.
*Tugas Ralph Hone adalah merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.
*Malayan Union mencadangkan penggabungan NNMB, NNMTB, PP, dan Melaka, manakala singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan kerana ketakutan penentangan orang melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan peniaga-peniaga orang melayu disebabkan bilangan orang cina di Singapura yang besar.
*Apa yang saya lihat, Malayan Union hanya seolah - olah seperti penipuan untuk menggantikan pemerintahan jepun dengan pemerintahan british melalui Malayan Union.
*Kononnya Malayan Union ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu daripada jajahan jepun manakala pemerintahan Malayan Union lebih teruk berbanding jepun.
*Saya berkata demikian disebabkan pemerintahan Malayan Union lebih menyeluruh dan kejam sehinggakan raja hilang takhtanya dan tugasya diambil ahli oleh British.
*Malayan Union sebenarnya tidak mendatangkan apa -apa kebaikan kepada Tanah Melayu sebaliknya hanya menggatikan penjajahan.



No comments:

Post a Comment