Thursday, 14 August 2014

3. PELAKSANAAN MALAYAN UNION


*Kerajaan British enggan menarik balik pelaksanaan rancangan Malayan Union meskipun penentangan orang-orang melayu yang begitu hebat.
*Sebaliknya kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya pentadbiran tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir pendudukan jepun dapat dibatalkan.
*Pada 1 April 1946 Malayan Union diisytiharkan oleh Edward Gent yang merupakan Gabenor yang pertama.
*Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union yang sangat kuat sehinggakan rancangan itu tidak dapat dikuasakan dengan sepenuhnya.
*Malahan pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama majlis itu dipulau oleh sultan - sultan melayu.
*Melihatkan rakyat yang begitu kuat mempertahankan takhta mereka, telah menyedarkan sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union.
*Akhirnya , Malayan Union dibatalkan pada 1 Febuari 1948 selepas itu Malayan Union digantikan kepada Persekutuan tanah Melayu.
*Penggantian skim yang baru itu dengan skim Malayan Union merupakan suatu kemenangan bagi orang - orang melayu tapi disambut dengan kecewa oleh beberapa dalam golongan etnik yang lain.
*Lobi Perlimen dan penyokong - penyokong di London juga bersetuju dengan pembatalan skim Malayan Union.
*Orang-orang cina pula berasa dikhianati kerana mereka tahu jumlah orang cina yang terkorban lebih besar berbanding orang melayu.
*Sesetengah daripada orang sina tidak berpuas hati dengan kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan.
*Dengan ini, pihak British telah meminggirkan masyarakat cina dari Tanah Melayu.


No comments:

Post a Comment